Saturday, October 24, 2009

budget

i am pleased to have listened to the national budget which was tabled by the PM recently. i must say by the look of it, it attempts to cover almost all sectors and interests.
i am very excited to look into the outlines set for the Islamic finance and banking sector.
incentives mentioned could be good moves inorder to attract better FDIs. my recent visit to bimb shows that significant number of visitors of the bank are from the non-muslims customers. good. as the expectations rise, the quality of services should also escalate.however, as the budget shall be within the final year of Rancangan Malaysia ke-9, what i could gather is that not much money left. wait for further writings.



Thursday, September 24, 2009

Salam Syawal

Salam keshukuran kpdNya jua atas keizinanNya utk terus menulis.
Salam silaturrahim juga kpd rakan taulan (yg ter masuk ke blog ini)
Salam sejahtera atas semangat 1Malaysia
Salam Syawal buat semua.

Saturday, July 4, 2009

absence makes heart grow fonder

salam,
I owe myself an explaination [of the long absence from this posting].
I share my observation with people; an almost a daily affairs.
I express my trust and confidence to others; every now and then [ as I believe sharing is power]
I am saddened with what is presently happening to our country; politically and economically [ high tolerance aka giving away what we thought we have]
I am happy with what I am doing right now; small time contributors of thoughts and ideas [ of course action speaks louder than words]
We are grateful to be where we are today.
Truly, being away makes things closer to you.
salam.

Saturday, May 23, 2009

My Spare Time

At times I find this blogging activity could really be an interesting hobby. I say hobby. It would simply mean something of interest to you and whenever you engage into it, it offers a kind of happy feeling doing it.
I recollect when I was not old (or rather small) reading used to be my hobby; any materials would do then. It could also be by choosing this hobby, you would look okay and safe.Unfortunately, reading remains my hobby to date. It is a just a matter of the material.
I travel thru readings. I read how people (especially great people) use their thinking capability. I cross other people's mind. I learn from readings. I benchmark from readings. I compare things from readings. I place or create hopes by readings. I predict the future also by readings. I could be a different person by just reading. The Holy Quran affirms the importance of this reading activity; the first verses is on reading.
At times, I find it somewhat disturbing to meet people who do not read. Even worse, some may 'dislike' reading as they feel it is for students. To them, students need to read but for non-students, the game is over.
The success (ya ka?) of the government initiative of bridging the digital divide or BDD could illustrate the case in point. Access to reading materials is pretty much very easy; anywhere anytime. The smart phones nowadays provide this possibility though one may not go on-line at home or at the office but could be wired thru their phones. Privacy is compromised.
I confirm my commitment to this hobby.
Happy reading.

Saturday, May 9, 2009

tradisi asal

sesekali menghadiri jemputan kahwin memang seronok, apatah lagi jika ianya diadakan di kampung. suasana kampung yg pada kebanyakan orang boleh menjadi event of the year kalaupun tidak event of the month. merapatkan silaturrahim, bertemu rakan taulan, 'mencipta' rangkaian baru bahkan boleh menjadi jejak kasih kalau kena gayanya.

baru-baru ni saya hadiri satu majlis sebegitu di kampung di kuala pilah. selain kemeriahan majlis, bab menu yang ingin saya kongsikan. khenduri kahwin yg biasa-biasa, mesti nasi minyak berlaukkan ayam tomato dan menu2 yg sebaris dengannya. maybe yg extra, door giftnya yg kini dah pelbagai pilihan, asalkan ada duitnya, semua jadi.

khenduri yg saya hadir ini menjamukan menu masakan negeri sembilan yg pada saya asli. daging salai masak lemak belimbing, ayam goreng rempah, sotong sambal, pucuk paku masak tempoyak, rendang daging, buah2an aksesori lain yg biasa. memang terliur.

bercakap mengenai masakan nogori ni, ia memang istimewa. bukan kerna saya org negeri tetapi menu nogori boleh menjadi produk pelancongan, daya tarikan hinggakan dikatakan org penyebab jodoh.

Malaysia selalu dianggap syurga makanan atau food heaven. baru-baru ni, beberapa masakan atau makanan Malaysia diiktiraf sbg makanan warisan termasuk nasi lomak, roti canai (chennai kah asalnya?), teh tarik, kuih tradisional dll.

sewaktu saya kecil suatu masa dulu, org negeri dilatih utk makan podeh. kalau tak tahan podeh bukan org nogori namoeh. kalau perlu sesudu gula terpaksa asalkan boleh lulus makan podeh.

Negeri lain juga ada istimewa spt makanan Kelantan. say ajuga antara peminat nasi kerabu dan nasi goreng kerabu. kuih2 Kelantan walaupun manis tapi boleh lah dibawa ketengah. Laksa Johor juga satu kegemaran saya. Banyak lagi makanan negeri lain yg boleh dan mampu menjadi produk tarikan; dengan ilmu dan strategi, pasti makanan2 ini boleh membawa pelancong dalam dan luar negara datang ke sini.

berbual dgn adik beradik, saya bertanya siapa tukang masak di kenduri yg saya hadir tu? jiran tetangga, melewati 60an umurnya, bisnen anak beranak. saya teringat banyak pengusaha yg berjaya juga bermula dari usaha2 kecil2an sebegini, mencuba nasib di bandar (selalunya ke KL) dan mengharungi cubaan dan ujian berniaga berskala besar. banyak yg berjaya dan tidak kurang juga yang terkandas.

apa yang pasti, makan dan makanan kerap menjadi faktor penyatu silaturrahim (bila jumpa rakan, kita tanya dah makan?). Makan dan makanan juga boleh menjadi daya tarikan. Makan dan makanan juga boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan sekiranya tidak dijaga.

Kita diberi pilihan utk bergaya hidup sihat. memilih makanan yg kita makan. Halalan Taiyyiban, dari rezeki yg juga halal.

Nation

it has been said that:
THE BIGGEST NATION IN THE WORLD IS.. PROCRASTINATION..

Thursday, May 7, 2009

saya tak rempit

sifatnya isu adalah ia akan datang dan pergi. ia akan panas dan sejuk. ia boleh dicipta dan boleh ditiadakan. itulah isu.

satu masa dulu isu sumbang mahram mendapat liputan meluas, hampir setiap hari dalam akhbar utama dan tidak utama (termasuk majalah bersaiz kecil) akan bercerita betapa bermasalahnya orang kita dlm hal sumbang mahram ini.

Rempit. satu lagi isu yg sedang hangat/hangit diperkatakan. makanya semua org pun akan bercerita, dari kedai kopi hinggalah pak menteri juga akan cuba bercakap sesuatu pasal golongan istimewa ini. serbuan demi serbuan dibuat, kutipan demi kutipan kompaun dikaut hasil dari 'penahanan' motor semalam dua di balai. denda sekitar rm200, maka motor yg dah dibikin tu pun boleh keluar dari balai, kesokan harinya. tentu si bapa yg akan membayar. jika lebih kerap serbuan, maka kompaun pun banyak juga agaknya.

tetapi itu bukan halnya, yg semakin menjadi hal adalah kita boleh kehilangan lebih ramai kumpulan/bakal warga kerja berkualiti di masa hadapan.

mereka yg menjadi harapan keluarga, negara dan bangsa tiba-tiba menjadi tumpuan bukan dek kerna berbakatnya mereka tetapi kerna masalah yg dicipta. perbezaan generasi kah puncanya atau institusi keluarga semakin hilang taringnya?

semakin payah rupanya membesarkan anak di dekad ini, tak macam org dulu. akhir zamankah? tetapi itu tak patut jadi alasan. keluarga khasnya ibu bapa perlu segera sesuaiakan kaedah dgn realiti zaman, dan bukan mendidik spt mana kita dididik dulu. dulu tiada sms, sekrg anak2 boleh atau hanya sms org tua kalau nak apa2 (kata kwn2 yg ada anak memiliki HP)

ilmu keibubapaan termasuk modul kursus kahwin perlu cepat2 responsif. media berperanan amat penting. holistik kata bijak pandai.

'saya tak rempit, saya ikut motor2 lain dari blkg. saya baru balik kerja ni bang, saya pun tak rempit juga'. itu sbhgian dari dialog yg sahabat saya seorang pengkaji perolehi dlm beliau mengikuti aktiviti serbuan pihak berkuasa.

ini juga ujian Tuhan. yg pasti tentu ada ubatnya.

Friday, May 1, 2009

hari pekerja 2009

keranamu Malaysia maju

..begitulah tema Hari Pekerja tahun ini, 2009.

Hari penting bagi semua warga kerja, kerja kerajaan, swasta, sendiri, tidak kerja, belum kerja, kesatuan kerja, pencari kerja; asalkan ada perkataan kerja.

yang perlu ditanya oleh semua orang, apakah sumbangan kita kpd pemberi kerja iaitu majikan? ketika waktu sukar, rasa ingin tahu apa yang kita dapat haruslah dikesampingkan dan yg utama adalah apa yg kita beri pd org yg beri kita peluang utk mencari rezki.

Imam Ghazali ada berkata utk jadikan kerja itu ibadat, empat (4) perkara perlu dipenuhi iaitu:
1. Niat yg dimulakan perlulah keranaNya jua
2. kerja itu tidak melanggar ajaran agama dan shariat
3. kerja yang dilakukan mestilah bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa shj dan
4. kerja yang dilakukan tidak sekali-kali menghalang kita utk melakukan ibadat spt solat, puasa dan sebagainya.

harapan demi harapan yang menggunung di berikan kpd warga kerja; sumbangan besar, hadiah dan penghargaan demi penghargaan, Pekerja Terbaik sana dan sini, insentif utk pekerja itu dan ini dan sebagainya. Tak tinggal juga betapa kerajaan meletakkan harapan tinggi terhadap kumpulan pekerja (termasuk pekerja asing agaknya) bahawa produktiviti perlu dipertingkat khasnya di waktu kegawatan supaya negara dpt menempuh waktu sukar dengan jayanya.

Ditambah dengan berita disana sini semakin ramai pekerja yang perlu 'dibuang' atau diminta melepaskan kerja atas sebab tidak mampunya syarikat menanggung mereka. Terkini, syarikat otomotif tersohor US iaitu Chrysler pun diisytihar muflis!

Baginda Rasul saw juga pernah bekerja termasuk dgn saudagar ternama Khadijah yg kemudiannya menjadi isteri baginda. Baginda bekerja dengan tekun hingga mampu memikat Khadijah dgn ketekunan serta sifat amanah yg Baginda tunjukkan sewaktu bekerja dengan beliau. gelaran AlAmin merupakan satu gelaran yg perlu ditonjolkan betapa sifat amanah baginda perlu dijadikan contoh teladan kpd semua warga kerja, tiada istilah 'mengular' atau curi tulang kiranya.

Hasil bacaan saya berkait dgn kepimpinan Jack Welch, mantan CEO, General Electrics boleh juga dijadikan teladan.Bagaimana Welch memimpin 300 ribu kakitangan syarikat agar sifat telus dan tekun diterapkan di semua peringkat kerja. Bila membaca kisah beliau,memang boleh teruja juga. Banyak kisah seumpama diluar sana.

Makanya, saya berpesan kpd diri sendiri dan semua warga kerja di luar sana (termasuk netizen) utk bekerja keras, tekun, amanah dan telus tidak mengira apa jua kerja yang kita buat. Ibadahnya kerja kita tidak dpt dinilai dengan wang ringgit sekiranya wang ringgit dijadikan perkiraan.
Yakin pada rahmatNya dan redhaNya akan membuat kita terus tenang dan gembira.

Wednesday, April 1, 2009

Penggal Kedua 2009

Selesai sudah penggal pertama tahun 2009. Hari ini 1hb April menandakan bermulanya bulan yg penuh cobaan; politik, ekonomi mahupun sosio dimensi. Cerdik pandai kata penggal kedua ini akan lebih mencabar; kesan gawat akan 'sampai' ke negara kita. Dalam negara. line-up terbaru telah jelas (aka kabinet baru juga).
Bank kedua terbesar umum gelombang panik dengan menawarkan cuti tanpa gaji kpd 30ribu kakitangannya.
Dipanjatkan doa agar Malaysia dilindungiNya.

Saturday, March 7, 2009

Aduyai MalaysiaKu

1. Masa memang cepat berlalu. tup tup penggal pertama tahun 2009 sudah pun sampai ke pertengahan.
2.semakin banyak isu yg tertunggak dan masih belum selesai (politik/PPMSI/lompat melompat/Kugan/Daulat Tuanku! etcetra)
Rakyat Malaysia kini bertukar menjadi a litigous society (mudah kata: masyarakat yg suka saman-menyaman) [more works for lawyers I trust and that the Courts are getting more tested]
3.Paparan akhbar di muka hadapan menyiarkan berita yg hampir sama setiap hari. Elok baca akhbar dari mukasurat belakang kerana beritanya lebih reliable.
4.keputusan yg banyak KIV khasnya melibatkan agensi kerajaan [tunggu lepas Perhimpunan UMNO, ibaratnya UMNO lebih aula dari kerajaan persekutuan] kerana mana tahu KSU atau Menteri bertukar atau ditukar pulak lepas ni..

Bersama kita Berfikir

Wednesday, February 18, 2009

politik+respon awam-pembayar cukai / akhbar =TUMPUAN

nukilan 'wartawan' baru:



..sibuk semua org ingin (dan mahu) nampak terlibat dlm isu lokal di negara kita. di kedai kopi, bilik mesyuarat, dlmb blog, akhbar (dlm dan luar negara) dan senarai panjang..
org kita memang suka hilang fokus. Bak kata pemikir, S Covey, 'the main thing is to keep the main thing the main thing'.

Dlm hal ehwal negara kita, apa yg utama? apa yg tidak utama?

Malaysia telah 'berjaya' mencuri tumpuan dunia dgn isu-isu domestik yg tidak berkesudahan.
Jentera kerajaan terus bekerja keras memastikan kepentingan awam tidak terabai.
Kerajaan negeri (yg lain dari kerajaan bahan cerita) bertegas tidak akan ada perubahan geo-politik, maka bolehlah para pelabur datang beramai-ramai utk melabur.
pilihanraya (bukit-bukit) [selepas pemilihan UMNO] juga akan menarik, meskipun kehangatan K Terengganu belum selesai..pasca election.

..sibuk, semua orang hilang tumpuan terhadap apa yg sepatutnya ditumpukan..

Tuesday, February 17, 2009

Asyik Terlupa & Alpa

I find it impactful and heart moving:





JALAN MENUJU ALLAH



aku impikan diriku

yang sentiasa ghairah bertasbih

mengadu rindu kepadaNya

mengasihiNya sepenuh jiwa dan raga

mencintaiNya sekuat hati



aku impikan diriku

yang sentiasa mengalirkan air mata

akibat rindunya aku kepada penciptaku

akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat

akibat segannya aku kerana sering menipu kecintaan ku kepadaNya



aku impikan diriku

yang hatinya sentiasa bergetar

apabila nama Tuhanku disebut

jantungku berdegup kencang

bila disebut azabnya

tetapi tenang semula

bila bercerita kasih sayangNya yang Maha Luas



aku impikan diriku yang setiap detik mengingatiNya

akan nikmatnya yang tidak terhingga

kerana aku tiada apa-apa

Dialah yang Maha Pemberi



aku impikan diriku

yang sentiasa bertawakkal padaNya

Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku

Maha suci dari menzalimiku

Kerana Dia penciptaku

yang penuh dengan kecintaan

kepada makhlukNya



*dipetik dari penanda buku Diari Islam 2009

Friday, February 6, 2009

Car(s) For Auction:Perak

the current saga in Perak is interesting. Why?
it is because the power transition at federal level is getting very near indeed.
i cant help it but to say how sad i am seeing the about-to-leave head of the state on TV. he appeared very calm, confident and determined (despite the fact he was already asked to vacate the office and to hand over all state assest including the new Camry 2.4 i trust)
the learned Sultan had decreed and passed his judgemnet that the MB has to leave.the same goes to all the excos.
truly, this has never happened before (at least to my recollection); the MB had to 'derhaka' and went against the royal decree.
suddenly, i am reminded to the Sejarah Kesultanan Melayu where 'Sultan yg adil sultan dijunjung and the line goes..'
i am so eager to follow the saga, not at the state level actually, but the way the federal people behave during this crisis.
salam.

Wednesday, February 4, 2009

Can Use The Gadget Or Not?

an old posting actually.

Yes, it is about us being able to use the technology. At one time, being able to use computer used to be something to shout. Those were the days where we had to use a 'special' diskettee to enable the use of Word. DOS or something they called it. I remember I was so terrified whenever by accident I pressed the wrong button.. don't know how to undo.

Things really have changed.My daughter asked me to get a picture of something on the net, that was actually the advice given by her teacher or Muallimah (as the title goes at her school). There you are, few transactions and the gambar appeared already maa..so easy. Though, most of the time they chose to play games, like any other normal kids.

We even attempted or suggested for our kids to have their own blogs (not sure can register or not being minor).

So, my youngest (approaching one year old) has already been 'exposed' to the use of this machine. He is at the stage of pulling the wires here and there, you can image.

My hope: at the speed of a button, we can cross the world

Back To March 2008

UPDATED
another historic event of the .. month probably.. is what has happened today in Perak.
observations:
-morale of the ADUNs who hop party is now at issue!
-pity to the kind and nice personality of the MB
-Malaysia will be in the world map again insofar domestic politic is concerned
-the morale of the Istana Kinta (with the rising Raja Muda with PhD) headed by the former Chief Justice is somehow compromised
-pity to the former MB aka Ketua Perhubungan UMNO Negeri (will he be back to the list?)
- many others



last typed posting abt a week ago:
I draw to my personal attention on the very recent hoping of Perak ADUN to joining PKR; adding just one more seat for PKR in Perak state DUN.

Possibility 1: to prepare UMNO for the forthcoming election in March

Possibility 2: to divert people attention from the surrounding economic issue in the country

Saturday, January 24, 2009

kembali ke kaedah dulu : berurut

Bro A (anak sulung):saya dah bawa bapa saya ni jumpa doktor pakar,mcm2 ubat yg diberi.kalau berurut ni boleh jamin ke bapa saya sehat?

Tukang Urut: tuan, saya dah mengurut lebih 15 tahun, macam2 penyakit saya jumpa. penyakit bapa tuan ni antara lain kesan sampingan ubat hospital. cuba tuan tanya doktor, pasti dia tak dpt nafikan. kalau dpt amalkan berurut inshaAllah boleh pulih

Bro A: saya tanya adik saya dulu ye.

Saksi kejadian (ya'ni saya): .. kalau tak kerna disuruh isteri ke sekian kalinya, saya tak kan pergi berurut. tempat berurut pun dekat shj, 10 minit dari rumah.

memang saya liat utk berurut, tak percaya pun ya juge, yg sebenarnya, takut sakit berurut tu.

PENGUMUMAN: saya baru shj selesai melengkapkan 3 hari berurut secara refleksiologi dan alhamdulillah, badan rasa ringan dan lega. kata si tukang urut, kalau dpt amalkan sebulan/setahun sekali pun takpe, atau jika rasa bdn tak sedap, dtglah berurut.

PUNCA SAYA PERGI BERURUT: dengan tdk semena2, rasa kebas dari pinggang ke bawah, kemudian dari pinggang ke atas. Bila dah sakit baru mau ingat.

NOTA KAKI: badan kita hak kita jgn sampai terlupa beri badan haknya

Friday, January 23, 2009

Young At Heart

I had a chance to visit a friend at HUKM (now called PPUKM) who is still at his early 40s; for an obvious reason, he is not in the well. just heart problem, not that hati dengan sifat mazmumah but he has four clogged arteries (just four you see). Doctor straight away admitted him for a by pass which will be carried out right after CNY. (not a good time to be sick esp during holy days; no doctors maa, going for cuti also)
To some (and supported by research), by-pass surgery seems to be the preferred or rather recommended methode of 'healing' your heart problem.
This makes me think deep abt my health. as you grow un-young, sickness of all sort will start to say Hi!
I should share this with all as nowadays, health problem does not limit its reach to age/gender or even status.
stay healthy.

Sunday, January 18, 2009

Ganu kite

bunyi perbualan tu lebih kurang macamni lah:

..waduh, camne nak kabo kat bos ni?
kabo mende nye?
kito kalah lagi nih
bakponye nak ghiso, kabe je lah yg betu
comenye boh takdok le ning, gi jumpe pak arab nuh
mu SPR (sistem pesanan rengkas je kok die
mm nok kabo boh mane se?? (nak beritahu bos yg mana satu:baca = bos dari kem yg mana)

Verdict: calon PAS menang dengan majoriti yg lebih besar dari terdahulu yakni majoriti 2,631 undi. terdahulu cuma 628 shj (yg diwakili oleh Mat Sabu dan dimenangi oleh Arwah Datuk Razali, Timb menteri pelajaran).

menarik utk kita perhatikan keputusan ini kerna jentera kerajaan hampir seluruhnya tiba2 berminat dgn K Tganu. Diketuai oleh bakal PM/Presiden UMNO, nampaknya ia tidak menyebelahi TPM lagi sekali (PRU12 dengan skala rektor 5:baca=5 negeri tumbang)

menarik utk kita jangka transisi politik yg bakal berlaku menjelang Mac akan datang. Transisi kerajaan juga transisi pemilihan agung UMNO.

menarik utk kita teliti dlm suasana kegawatan politik dan kegawatan ekonomi lokal dan global

konklusi:
1. taktik berkempen PERLU ditukar; fear factor juga umpan mengumpan tidak lagi cara berkesan
2. kategori pengundi muda PERLU segera ditangani kerana PRU13 akandisertai oleh kumpulan ini
3. self denial pd fakta dan keadaan sebenar di peringkat rakyat PERLU diubah segera
4. langkah agresif kerajaan dlm menjambatani jurang digital memang berkesan; rakyat sentiasa double check maklumat yg disiarkan oleh akhbar/TV dengan maklumat maya (yg kadang2 lebih current dan betul..)

wallahu 'alam

Saturday, January 17, 2009

dekat di hati..poket

senario:
gawat ke tak gawat? TPM dalam ucapan perasmian Kongres ekonomi Islam baru-baru ini ada menyebut tentang second great depression..



Citi Investment Head Research Unit menjangkakan berikut:
growth 1st Quarter negative 0.9%, zero growth for second and third quarter. 2% growth Q4. ( accessed from the edge asia online dated 15th Jan 09)
{nota kaki: Menteri Kewangan II masih yakin dengan sasaran 3.4% growth tahun 2009.}
apa maknanya?
bermaksud ekonomi tidak berkembang bagi tiga penggal pertama tahun ini 2009. bermakna, seakan-akan beku lah kiranya..

Kerajaan juga lancarkan (semula) Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia, dipelopori oleh tak lain dan tak bukan, MYDIN (born in malaysia and still malaysian; tagline nya)

Kedai makan dan pasaraya pula masih ramai yg pergi menghantar duit.
verdict:mixed signals.

Monday, January 12, 2009

Kereta Kita

..kata orang.. Proton akan hasilkan MPV tak lama lagi. ramai yang berpandangan termasuk saya sendiri, Proton patut dah hasilkan MPV dari dulu lagi. Sebabnya mudah; orang Malaysia adalah family-type, anak ramai, ada bibik lagi, budaya balik kampong, bawa barang banyak walau ke destinasi dekat dan banyak sebab-sebab lain lagi.

..kata orang.. ia akan bercirikan ekonomi (pastinya), khabarnya, 1.6cc sebab jika 1.8cc ke atas, harganya nanti tidak mesra org Malaysia pulak. (ala-ala Avanza agaknya)

..kata orang.. Pengerusi baru Proton (orang lama Proton juga) akan memandu Proton dlm waktu krisis sekarang ini dengan penuh gaya

.. saya kata.. kereta nasional kita perlu nafas baru untuk lebih kompetitif (harga/rupa/kemampuan : bercakap dari pengalaman, tentunya)

.. semua orang kata.. org Melayu beli kereta (jimat minyak tak?), org Cina beli kereta (berapa boleh lari?), org India beli kereta (berapa ramai boleh isi?)


kereta oh kereta!

Saturday, January 10, 2009

cuma sketsa

sketsa A:

dua sahabat sedang berbual:


sahabat 1:setakat mana protes yg kita buat dlm bentuk boikot barangan 'terpilih' akan sampai ke pihak berkenaan?

sahabat 2:..mm.. satu syarikat minuman cawangan Msia dah buat kenyataan; risiko pekerjaan sekitar 2,ooo pekerja Msia iaitu 60% Melayu Muslim akan terjejas sekiranya kerajaan izinkan/teruskan boikot tu..

sektsa B:

orang 1: ada engko tengok TV1 baru2 ni..? mcm ada perubahan la.

orang 2: aku tertengok, memang berbeza dari dulu. sebagai org yg tergolong dlm generasi X, aku rasa TV1 cuba bersaing dgn TV yg lain kot.

orang 1: aku kena tanya mereka2 yg setia dgn TV1, apa komen mereka pulak.

sketsa C:

member 1: pilihanraye KTganu dah dekat, patut lah TV yg ada sekarang dah kempen (baca:berat sebelah..) apa pikir mu?

member 2: itu taktik lama le. mu kena tughung Tganu kalu nok tahu yg sebenar.

meminjam kata pelawak dari NS: lu pikir lah sendiri.


Tuesday, January 6, 2009

we need another court to regulate our people

in the news today..

KUALA LUMPUR (AFP) - - Malaysia is considering establishing a "cyber court" to deal with the increasing number of crimes related to the Internet and blogging, a report said Tuesday.
Communications Minister Shaziman Abu Mansor said more than 30 Internet-linked cases had been submitted to the country's attorney general in the past three years.
"If in future if we cannot cope any more due to too many cases, we may need to have a cyber court," he said, according to the official news agency Bernama.


I am , as I can not afford to lose my perspective aft that 4-year training at law school, for the move as it corresponds to the fast changing mode of information-flow into the masses' minds. thank you to the BRIDGING THE DIGITAL DIVIDE program embarked by the government.

I am starting to wonder, the kind of court setting that it shall be..cyber also? judgement by vote? from distance? via SMS? surely it must look cyber maa, then only the netizen(s) will look up at the court and hv some respect.

obviously our ISA will become more effective insofar this cyber thing becomes a court concern. By the way, I believe the present regulation must have provisions (peruntukan) for such enforecement (which present courts are not able to handle presumably)

better watch out what yu write aa..

Monday, January 5, 2009

Event in January

..the forthcoming election (by-election I mean) of Kuala Terengganu shall be another eventful event of the year. It shall be able to shed lights to the mass on the many recent wise and unpopular decisions made by the federal government a.k.a state governments.
the planned transition of the top posts in UMNO, the likely changes in the cabinet line-up, the most awaiting downturn, the ups-downs of oil price and other basic needs and many other 'the'. (yes, there is going to be a new hotel in K Terengganu; Felda Residence). I hope many more by-elections so that the rakyat will somehow get the spill overs.


GAZA.
To some people including myself, the most disturbing happening at present is what is happening in Gaza, our fellow brothers are being slained by the forever enemy of the Jews. The true color of the new US top people suddenly emerges. I wonder why the Briton premier is 'against' the Israeil, and showed support to the Gaza people? though its friends are all for the Jews.

some thoughts.

Saturday, January 3, 2009

Palestine

selemah lemah Iman seseorang Muslim itu adalah tidak redha ia melalui hatinya dgn kemungkaran yg berlaku. di masjid hari ini di Bangi ada umpama rapat umum menyatakan protes terhadap apa yg berlaku kpd saudara kita di Palestine. seorang kenalan saya tidak bersetuju dan menyatakan protes ini ibarat buang masa shj kerna suara tidak sampai ke mana. benar, manusia itu akan berbeza pendapatnya, cuma ketidakmampuan kita bukan hanya di pasrah kan..
DOA KITA BERSAMA DENGAN SAUDARA SEISLAM DI BUMI PALESTINE

Thursday, January 1, 2009

Assalamualaikum
Selamat Tahun Baru 2009, Maal Hijrah 1430
1 Jan 2009 menjadi sebab utk saya melawat semula laman blog yg dah agak bersawang..
Tahun 2008 memang berbeza dari tahun sebelumnya atas sebab-sebab berikut:
ikatan kekeluargaan semakin kukuh, keluarga sendiri, adik beradik hingga ke ipar duai.
perginya ke rahmatullah ibu mertua Hjh Mariati Sirat, moga rohnya dirahmati.
Bapa kesan menghidap kanser (peringkat awal) moga sembuh
Perginya YamTuan Besar NS (rajo eden tu)
Mulanya pengajian sarjana (akan selesai Okt 2009,amin)
berlakunya insiden/ujian diperingkat lokal dan antarabangsa (termasuk krisis politik, ekonomi dan perpaduan a.k.a ketuanan Melayu)
dan senarai panjang lagi yg akan saya kongsikan dari semasa ke semasa.

Kajang 1hb Jan 11.30pm