Saturday, May 9, 2009

tradisi asal

sesekali menghadiri jemputan kahwin memang seronok, apatah lagi jika ianya diadakan di kampung. suasana kampung yg pada kebanyakan orang boleh menjadi event of the year kalaupun tidak event of the month. merapatkan silaturrahim, bertemu rakan taulan, 'mencipta' rangkaian baru bahkan boleh menjadi jejak kasih kalau kena gayanya.

baru-baru ni saya hadiri satu majlis sebegitu di kampung di kuala pilah. selain kemeriahan majlis, bab menu yang ingin saya kongsikan. khenduri kahwin yg biasa-biasa, mesti nasi minyak berlaukkan ayam tomato dan menu2 yg sebaris dengannya. maybe yg extra, door giftnya yg kini dah pelbagai pilihan, asalkan ada duitnya, semua jadi.

khenduri yg saya hadir ini menjamukan menu masakan negeri sembilan yg pada saya asli. daging salai masak lemak belimbing, ayam goreng rempah, sotong sambal, pucuk paku masak tempoyak, rendang daging, buah2an aksesori lain yg biasa. memang terliur.

bercakap mengenai masakan nogori ni, ia memang istimewa. bukan kerna saya org negeri tetapi menu nogori boleh menjadi produk pelancongan, daya tarikan hinggakan dikatakan org penyebab jodoh.

Malaysia selalu dianggap syurga makanan atau food heaven. baru-baru ni, beberapa masakan atau makanan Malaysia diiktiraf sbg makanan warisan termasuk nasi lomak, roti canai (chennai kah asalnya?), teh tarik, kuih tradisional dll.

sewaktu saya kecil suatu masa dulu, org negeri dilatih utk makan podeh. kalau tak tahan podeh bukan org nogori namoeh. kalau perlu sesudu gula terpaksa asalkan boleh lulus makan podeh.

Negeri lain juga ada istimewa spt makanan Kelantan. say ajuga antara peminat nasi kerabu dan nasi goreng kerabu. kuih2 Kelantan walaupun manis tapi boleh lah dibawa ketengah. Laksa Johor juga satu kegemaran saya. Banyak lagi makanan negeri lain yg boleh dan mampu menjadi produk tarikan; dengan ilmu dan strategi, pasti makanan2 ini boleh membawa pelancong dalam dan luar negara datang ke sini.

berbual dgn adik beradik, saya bertanya siapa tukang masak di kenduri yg saya hadir tu? jiran tetangga, melewati 60an umurnya, bisnen anak beranak. saya teringat banyak pengusaha yg berjaya juga bermula dari usaha2 kecil2an sebegini, mencuba nasib di bandar (selalunya ke KL) dan mengharungi cubaan dan ujian berniaga berskala besar. banyak yg berjaya dan tidak kurang juga yang terkandas.

apa yang pasti, makan dan makanan kerap menjadi faktor penyatu silaturrahim (bila jumpa rakan, kita tanya dah makan?). Makan dan makanan juga boleh menjadi daya tarikan. Makan dan makanan juga boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan sekiranya tidak dijaga.

Kita diberi pilihan utk bergaya hidup sihat. memilih makanan yg kita makan. Halalan Taiyyiban, dari rezeki yg juga halal.

1 comment:

kunangkunang said...

Abg,

Bukan pucuk paku masak tempoyaklah, pucuk UBI .. :)