Friday, May 1, 2009

hari pekerja 2009

keranamu Malaysia maju

..begitulah tema Hari Pekerja tahun ini, 2009.

Hari penting bagi semua warga kerja, kerja kerajaan, swasta, sendiri, tidak kerja, belum kerja, kesatuan kerja, pencari kerja; asalkan ada perkataan kerja.

yang perlu ditanya oleh semua orang, apakah sumbangan kita kpd pemberi kerja iaitu majikan? ketika waktu sukar, rasa ingin tahu apa yang kita dapat haruslah dikesampingkan dan yg utama adalah apa yg kita beri pd org yg beri kita peluang utk mencari rezki.

Imam Ghazali ada berkata utk jadikan kerja itu ibadat, empat (4) perkara perlu dipenuhi iaitu:
1. Niat yg dimulakan perlulah keranaNya jua
2. kerja itu tidak melanggar ajaran agama dan shariat
3. kerja yang dilakukan mestilah bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa shj dan
4. kerja yang dilakukan tidak sekali-kali menghalang kita utk melakukan ibadat spt solat, puasa dan sebagainya.

harapan demi harapan yang menggunung di berikan kpd warga kerja; sumbangan besar, hadiah dan penghargaan demi penghargaan, Pekerja Terbaik sana dan sini, insentif utk pekerja itu dan ini dan sebagainya. Tak tinggal juga betapa kerajaan meletakkan harapan tinggi terhadap kumpulan pekerja (termasuk pekerja asing agaknya) bahawa produktiviti perlu dipertingkat khasnya di waktu kegawatan supaya negara dpt menempuh waktu sukar dengan jayanya.

Ditambah dengan berita disana sini semakin ramai pekerja yang perlu 'dibuang' atau diminta melepaskan kerja atas sebab tidak mampunya syarikat menanggung mereka. Terkini, syarikat otomotif tersohor US iaitu Chrysler pun diisytihar muflis!

Baginda Rasul saw juga pernah bekerja termasuk dgn saudagar ternama Khadijah yg kemudiannya menjadi isteri baginda. Baginda bekerja dengan tekun hingga mampu memikat Khadijah dgn ketekunan serta sifat amanah yg Baginda tunjukkan sewaktu bekerja dengan beliau. gelaran AlAmin merupakan satu gelaran yg perlu ditonjolkan betapa sifat amanah baginda perlu dijadikan contoh teladan kpd semua warga kerja, tiada istilah 'mengular' atau curi tulang kiranya.

Hasil bacaan saya berkait dgn kepimpinan Jack Welch, mantan CEO, General Electrics boleh juga dijadikan teladan.Bagaimana Welch memimpin 300 ribu kakitangan syarikat agar sifat telus dan tekun diterapkan di semua peringkat kerja. Bila membaca kisah beliau,memang boleh teruja juga. Banyak kisah seumpama diluar sana.

Makanya, saya berpesan kpd diri sendiri dan semua warga kerja di luar sana (termasuk netizen) utk bekerja keras, tekun, amanah dan telus tidak mengira apa jua kerja yang kita buat. Ibadahnya kerja kita tidak dpt dinilai dengan wang ringgit sekiranya wang ringgit dijadikan perkiraan.
Yakin pada rahmatNya dan redhaNya akan membuat kita terus tenang dan gembira.

3 comments:

Alia said...

walaupun alia setahun jagung lagi , Alia rasa satu hari untuk bagi pekerja rehat x cukup,sbb .. pekerja bekerja sekurang - kurangnya 300 hari ( anggaran ) tapi pekerja dapat cuti 1 hari je . lagipun kata je cuti UMUM kenapa shopping mall buka je... adakah mereka sume bekerjaa 365 hari? yelah bebakti untuk negara lah katakan...
AND

SELAMAT HARI PEKERJA ! (walaupun lambat 2 hari ... )

syamsul said...

alia, hari pekerja cuma utk raikan kumpulan pekerja. tidak dikaitkan dgn cuti, itu adalah anugerah. waktu cuti kumpulan berbeza mengikut pekerjaan masing2, ada diberi 30 hari setahun, dan ada yg cuma 7hari setahun (spt cikgu).
tk atas prihatinnya anak abah kpd warga pekerja.

kunangkunang said...

Alia rasa tak adil pada pekerja kah atau rasa tak cukup abah cuti sekejap saja .. :) dan masih buat kerja (sekolah) di rumah!