sifatnya isu adalah ia akan datang dan pergi. ia akan panas dan sejuk. ia boleh dicipta dan boleh ditiadakan. itulah isu.
satu masa dulu isu sumbang mahram mendapat liputan meluas, hampir setiap hari dalam akhbar utama dan tidak utama (termasuk majalah bersaiz kecil) akan bercerita betapa bermasalahnya orang kita dlm hal sumbang mahram ini.
Rempit. satu lagi isu yg sedang hangat/hangit diperkatakan. makanya semua org pun akan bercerita, dari kedai kopi hinggalah pak menteri juga akan cuba bercakap sesuatu pasal golongan istimewa ini. serbuan demi serbuan dibuat, kutipan demi kutipan kompaun dikaut hasil dari 'penahanan' motor semalam dua di balai. denda sekitar rm200, maka motor yg dah dibikin tu pun boleh keluar dari balai, kesokan harinya. tentu si bapa yg akan membayar. jika lebih kerap serbuan, maka kompaun pun banyak juga agaknya.
tetapi itu bukan halnya, yg semakin menjadi hal adalah kita boleh kehilangan lebih ramai kumpulan/bakal warga kerja berkualiti di masa hadapan.
mereka yg menjadi harapan keluarga, negara dan bangsa tiba-tiba menjadi tumpuan bukan dek kerna berbakatnya mereka tetapi kerna masalah yg dicipta. perbezaan generasi kah puncanya atau institusi keluarga semakin hilang taringnya?
semakin payah rupanya membesarkan anak di dekad ini, tak macam org dulu. akhir zamankah? tetapi itu tak patut jadi alasan. keluarga khasnya ibu bapa perlu segera sesuaiakan kaedah dgn realiti zaman, dan bukan mendidik spt mana kita dididik dulu. dulu tiada sms, sekrg anak2 boleh atau hanya sms org tua kalau nak apa2 (kata kwn2 yg ada anak memiliki HP)
ilmu keibubapaan termasuk modul kursus kahwin perlu cepat2 responsif. media berperanan amat penting. holistik kata bijak pandai.
'saya tak rempit, saya ikut motor2 lain dari blkg. saya baru balik kerja ni bang, saya pun tak rempit juga'. itu sbhgian dari dialog yg sahabat saya seorang pengkaji perolehi dlm beliau mengikuti aktiviti serbuan pihak berkuasa.
ini juga ujian Tuhan. yg pasti tentu ada ubatnya.
1 comment:
Semoga kita ikhlas menyelesaikan masalah umat, bukan hanya hangat ketika ada agenda tertentu yang hendak di capai. Besarnya amanah menjadi pemimpin dan kita sebagai khalifah. Wallahu a'lam
Post a Comment