Salam,Hari memperingati junjungan besar Nabi Muhammad saw baru shj berlalu. Sambutan diadakan setiap tahun, saya masih kurang mengenali keperibadian Baginda. Azam, akan giat usaha mengenali Baginda samada melalui bhn bacaan mahupun hadiri majlis ilmu sirah. Ingin saya kongsikan petikan sebuah buku hebat yg (sedang)saya baca;Biografi Muhammad bin Abdullah karya Prof Zulkifli M Yusof (PTS)
..Sebelum Aminah melahirkan Muhammad, dia bermimpi melihat dirinya melahirkan seorang anak lelaki yg lahir bersama satu cahaya yg memenuhi bumi. Siti Aminah juga melihat dirinya berdoa kpd Tuhan yg Esa."Aku berlindung kpd Tuhan yg Esa supaya diselamatkan anak ini pd semua yg dengki;.Anak ini dilahirkan pd 12 Rabiulawal Thn Gajah atau mengikut ahli sejarah, 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.. Banyak diperkatakan / dibincangkan betapa hebatnya Baginda, dari sekecil perkara spt cara bercakap (Baginda bercakap dgn jelas dan tegas, tidak cepat-cepat), cara Baginda memakai kasut (Baginda suka memakai kasut mula sebelah kanan),cara Baginda berniaga (sejujur dan amanah sbg seorang peniaga) hinggalah kehebatan Baginda di medan perang dan mentadbir negara (diiktiraf sbg Transformational Leader). Direnung, amat sedikit yg kita hayati (hidupkan) dan kadang2 memilih pula yg mana nak dicontohi atau yg mana tidak.
Baik kita mulakan dgn kenali Baginda semampu yg boleh kerana kita sbg umatnya amat beruntung dengan keyakinan kita terhadap Baginda (walau bukan berada di zaman Baginda) dan amat rugi jika pemimpin hebat spt Baginda tidak dpt kita contohi.salam.
No comments:
Post a Comment