Saturday, January 28, 2012

Assalamualaikum wbt. Dipanjatkan kesyukuran kepada ALLAH swt dan Selawat serta Salam kpd junjungan besar Nabi Muhammad saw Rasul terulung penyudah zaman dan keluarga baginda yang mulia.
Rabiul Awal 1433 H satu bulan amat istimewa buat kita umat Islam. Bulan kelahiran insan teristimewa kekasih ALLAH.
Peristiwa demi kisah dan teladan dititipkan buat umatnya kita semua sbg panduan hidup yg syumul. Sehebat mentadbir negara hinggalah kaedah menyarung kasut semuanya diberi contoh oleh baginda Rasul yg mulia.
Berdoalah kita agar rahmah lilla'lamin akan dihayati. Jzk.

Tuesday, August 3, 2010

homecoming

salam sejahtera
blog ini telah lama tertinggal (dibaca: ditinggalkan). Semenjak adanya bukumuka yakni facebook, makanya interaksi maya adalahlebih efektif.
walaubagaimanapun, saya fikir sekali sekala elok juga ianya dilawati; mana tahu kalau ada yg ingin berkongsi ide atau maklumat.
saya baru sahaja mendaftar di laman myideas.my (meskipun ianya agak slow) bagi berkongsi idea dengan tema-tema yg ditetapkan laman tersebut.
insyaAllah sedikit sebanyak sumbangan boleh memberi manfaat. amin.
3hb Ogos 2010

Friday, January 8, 2010

the new year SAGA

1. As an observer and a true Muslim, i join my fellow brothers in condemning the move (organized move i trust) over the issue on the use of kalimah ALLAH azza wa jalla by the unpermitteds.
2. My sincere praise to the VIVA PALESTINA that was led by a British politician (ironically).
3. The continuous announcements on the 1Malaysia initiatives.
4. The sudden silence on a number of very important cases inter alia the lost military machine.
5. The happy families that live in places, enjoying the peaceful country of Malaysia
6. The hopes of people.


Saturday, January 2, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010!

Saturday, October 24, 2009

budget

i am pleased to have listened to the national budget which was tabled by the PM recently. i must say by the look of it, it attempts to cover almost all sectors and interests.
i am very excited to look into the outlines set for the Islamic finance and banking sector.
incentives mentioned could be good moves inorder to attract better FDIs. my recent visit to bimb shows that significant number of visitors of the bank are from the non-muslims customers. good. as the expectations rise, the quality of services should also escalate.however, as the budget shall be within the final year of Rancangan Malaysia ke-9, what i could gather is that not much money left. wait for further writings.



Thursday, September 24, 2009

Salam Syawal

Salam keshukuran kpdNya jua atas keizinanNya utk terus menulis.
Salam silaturrahim juga kpd rakan taulan (yg ter masuk ke blog ini)
Salam sejahtera atas semangat 1Malaysia
Salam Syawal buat semua.

Saturday, July 4, 2009

absence makes heart grow fonder

salam,
I owe myself an explaination [of the long absence from this posting].
I share my observation with people; an almost a daily affairs.
I express my trust and confidence to others; every now and then [ as I believe sharing is power]
I am saddened with what is presently happening to our country; politically and economically [ high tolerance aka giving away what we thought we have]
I am happy with what I am doing right now; small time contributors of thoughts and ideas [ of course action speaks louder than words]
We are grateful to be where we are today.
Truly, being away makes things closer to you.
salam.

Saturday, May 23, 2009

My Spare Time

At times I find this blogging activity could really be an interesting hobby. I say hobby. It would simply mean something of interest to you and whenever you engage into it, it offers a kind of happy feeling doing it.
I recollect when I was not old (or rather small) reading used to be my hobby; any materials would do then. It could also be by choosing this hobby, you would look okay and safe.Unfortunately, reading remains my hobby to date. It is a just a matter of the material.
I travel thru readings. I read how people (especially great people) use their thinking capability. I cross other people's mind. I learn from readings. I benchmark from readings. I compare things from readings. I place or create hopes by readings. I predict the future also by readings. I could be a different person by just reading. The Holy Quran affirms the importance of this reading activity; the first verses is on reading.
At times, I find it somewhat disturbing to meet people who do not read. Even worse, some may 'dislike' reading as they feel it is for students. To them, students need to read but for non-students, the game is over.
The success (ya ka?) of the government initiative of bridging the digital divide or BDD could illustrate the case in point. Access to reading materials is pretty much very easy; anywhere anytime. The smart phones nowadays provide this possibility though one may not go on-line at home or at the office but could be wired thru their phones. Privacy is compromised.
I confirm my commitment to this hobby.
Happy reading.

Saturday, May 9, 2009

tradisi asal

sesekali menghadiri jemputan kahwin memang seronok, apatah lagi jika ianya diadakan di kampung. suasana kampung yg pada kebanyakan orang boleh menjadi event of the year kalaupun tidak event of the month. merapatkan silaturrahim, bertemu rakan taulan, 'mencipta' rangkaian baru bahkan boleh menjadi jejak kasih kalau kena gayanya.

baru-baru ni saya hadiri satu majlis sebegitu di kampung di kuala pilah. selain kemeriahan majlis, bab menu yang ingin saya kongsikan. khenduri kahwin yg biasa-biasa, mesti nasi minyak berlaukkan ayam tomato dan menu2 yg sebaris dengannya. maybe yg extra, door giftnya yg kini dah pelbagai pilihan, asalkan ada duitnya, semua jadi.

khenduri yg saya hadir ini menjamukan menu masakan negeri sembilan yg pada saya asli. daging salai masak lemak belimbing, ayam goreng rempah, sotong sambal, pucuk paku masak tempoyak, rendang daging, buah2an aksesori lain yg biasa. memang terliur.

bercakap mengenai masakan nogori ni, ia memang istimewa. bukan kerna saya org negeri tetapi menu nogori boleh menjadi produk pelancongan, daya tarikan hinggakan dikatakan org penyebab jodoh.

Malaysia selalu dianggap syurga makanan atau food heaven. baru-baru ni, beberapa masakan atau makanan Malaysia diiktiraf sbg makanan warisan termasuk nasi lomak, roti canai (chennai kah asalnya?), teh tarik, kuih tradisional dll.

sewaktu saya kecil suatu masa dulu, org negeri dilatih utk makan podeh. kalau tak tahan podeh bukan org nogori namoeh. kalau perlu sesudu gula terpaksa asalkan boleh lulus makan podeh.

Negeri lain juga ada istimewa spt makanan Kelantan. say ajuga antara peminat nasi kerabu dan nasi goreng kerabu. kuih2 Kelantan walaupun manis tapi boleh lah dibawa ketengah. Laksa Johor juga satu kegemaran saya. Banyak lagi makanan negeri lain yg boleh dan mampu menjadi produk tarikan; dengan ilmu dan strategi, pasti makanan2 ini boleh membawa pelancong dalam dan luar negara datang ke sini.

berbual dgn adik beradik, saya bertanya siapa tukang masak di kenduri yg saya hadir tu? jiran tetangga, melewati 60an umurnya, bisnen anak beranak. saya teringat banyak pengusaha yg berjaya juga bermula dari usaha2 kecil2an sebegini, mencuba nasib di bandar (selalunya ke KL) dan mengharungi cubaan dan ujian berniaga berskala besar. banyak yg berjaya dan tidak kurang juga yang terkandas.

apa yang pasti, makan dan makanan kerap menjadi faktor penyatu silaturrahim (bila jumpa rakan, kita tanya dah makan?). Makan dan makanan juga boleh menjadi daya tarikan. Makan dan makanan juga boleh menjadi punca pelbagai masalah kesihatan sekiranya tidak dijaga.

Kita diberi pilihan utk bergaya hidup sihat. memilih makanan yg kita makan. Halalan Taiyyiban, dari rezeki yg juga halal.

Nation

it has been said that:
THE BIGGEST NATION IN THE WORLD IS.. PROCRASTINATION..

Thursday, May 7, 2009

saya tak rempit

sifatnya isu adalah ia akan datang dan pergi. ia akan panas dan sejuk. ia boleh dicipta dan boleh ditiadakan. itulah isu.

satu masa dulu isu sumbang mahram mendapat liputan meluas, hampir setiap hari dalam akhbar utama dan tidak utama (termasuk majalah bersaiz kecil) akan bercerita betapa bermasalahnya orang kita dlm hal sumbang mahram ini.

Rempit. satu lagi isu yg sedang hangat/hangit diperkatakan. makanya semua org pun akan bercerita, dari kedai kopi hinggalah pak menteri juga akan cuba bercakap sesuatu pasal golongan istimewa ini. serbuan demi serbuan dibuat, kutipan demi kutipan kompaun dikaut hasil dari 'penahanan' motor semalam dua di balai. denda sekitar rm200, maka motor yg dah dibikin tu pun boleh keluar dari balai, kesokan harinya. tentu si bapa yg akan membayar. jika lebih kerap serbuan, maka kompaun pun banyak juga agaknya.

tetapi itu bukan halnya, yg semakin menjadi hal adalah kita boleh kehilangan lebih ramai kumpulan/bakal warga kerja berkualiti di masa hadapan.

mereka yg menjadi harapan keluarga, negara dan bangsa tiba-tiba menjadi tumpuan bukan dek kerna berbakatnya mereka tetapi kerna masalah yg dicipta. perbezaan generasi kah puncanya atau institusi keluarga semakin hilang taringnya?

semakin payah rupanya membesarkan anak di dekad ini, tak macam org dulu. akhir zamankah? tetapi itu tak patut jadi alasan. keluarga khasnya ibu bapa perlu segera sesuaiakan kaedah dgn realiti zaman, dan bukan mendidik spt mana kita dididik dulu. dulu tiada sms, sekrg anak2 boleh atau hanya sms org tua kalau nak apa2 (kata kwn2 yg ada anak memiliki HP)

ilmu keibubapaan termasuk modul kursus kahwin perlu cepat2 responsif. media berperanan amat penting. holistik kata bijak pandai.

'saya tak rempit, saya ikut motor2 lain dari blkg. saya baru balik kerja ni bang, saya pun tak rempit juga'. itu sbhgian dari dialog yg sahabat saya seorang pengkaji perolehi dlm beliau mengikuti aktiviti serbuan pihak berkuasa.

ini juga ujian Tuhan. yg pasti tentu ada ubatnya.

Friday, May 1, 2009

hari pekerja 2009

keranamu Malaysia maju

..begitulah tema Hari Pekerja tahun ini, 2009.

Hari penting bagi semua warga kerja, kerja kerajaan, swasta, sendiri, tidak kerja, belum kerja, kesatuan kerja, pencari kerja; asalkan ada perkataan kerja.

yang perlu ditanya oleh semua orang, apakah sumbangan kita kpd pemberi kerja iaitu majikan? ketika waktu sukar, rasa ingin tahu apa yang kita dapat haruslah dikesampingkan dan yg utama adalah apa yg kita beri pd org yg beri kita peluang utk mencari rezki.

Imam Ghazali ada berkata utk jadikan kerja itu ibadat, empat (4) perkara perlu dipenuhi iaitu:
1. Niat yg dimulakan perlulah keranaNya jua
2. kerja itu tidak melanggar ajaran agama dan shariat
3. kerja yang dilakukan mestilah bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa shj dan
4. kerja yang dilakukan tidak sekali-kali menghalang kita utk melakukan ibadat spt solat, puasa dan sebagainya.

harapan demi harapan yang menggunung di berikan kpd warga kerja; sumbangan besar, hadiah dan penghargaan demi penghargaan, Pekerja Terbaik sana dan sini, insentif utk pekerja itu dan ini dan sebagainya. Tak tinggal juga betapa kerajaan meletakkan harapan tinggi terhadap kumpulan pekerja (termasuk pekerja asing agaknya) bahawa produktiviti perlu dipertingkat khasnya di waktu kegawatan supaya negara dpt menempuh waktu sukar dengan jayanya.

Ditambah dengan berita disana sini semakin ramai pekerja yang perlu 'dibuang' atau diminta melepaskan kerja atas sebab tidak mampunya syarikat menanggung mereka. Terkini, syarikat otomotif tersohor US iaitu Chrysler pun diisytihar muflis!

Baginda Rasul saw juga pernah bekerja termasuk dgn saudagar ternama Khadijah yg kemudiannya menjadi isteri baginda. Baginda bekerja dengan tekun hingga mampu memikat Khadijah dgn ketekunan serta sifat amanah yg Baginda tunjukkan sewaktu bekerja dengan beliau. gelaran AlAmin merupakan satu gelaran yg perlu ditonjolkan betapa sifat amanah baginda perlu dijadikan contoh teladan kpd semua warga kerja, tiada istilah 'mengular' atau curi tulang kiranya.

Hasil bacaan saya berkait dgn kepimpinan Jack Welch, mantan CEO, General Electrics boleh juga dijadikan teladan.Bagaimana Welch memimpin 300 ribu kakitangan syarikat agar sifat telus dan tekun diterapkan di semua peringkat kerja. Bila membaca kisah beliau,memang boleh teruja juga. Banyak kisah seumpama diluar sana.

Makanya, saya berpesan kpd diri sendiri dan semua warga kerja di luar sana (termasuk netizen) utk bekerja keras, tekun, amanah dan telus tidak mengira apa jua kerja yang kita buat. Ibadahnya kerja kita tidak dpt dinilai dengan wang ringgit sekiranya wang ringgit dijadikan perkiraan.
Yakin pada rahmatNya dan redhaNya akan membuat kita terus tenang dan gembira.

Wednesday, April 1, 2009

Penggal Kedua 2009

Selesai sudah penggal pertama tahun 2009. Hari ini 1hb April menandakan bermulanya bulan yg penuh cobaan; politik, ekonomi mahupun sosio dimensi. Cerdik pandai kata penggal kedua ini akan lebih mencabar; kesan gawat akan 'sampai' ke negara kita. Dalam negara. line-up terbaru telah jelas (aka kabinet baru juga).
Bank kedua terbesar umum gelombang panik dengan menawarkan cuti tanpa gaji kpd 30ribu kakitangannya.
Dipanjatkan doa agar Malaysia dilindungiNya.

Saturday, March 7, 2009

Aduyai MalaysiaKu

1. Masa memang cepat berlalu. tup tup penggal pertama tahun 2009 sudah pun sampai ke pertengahan.
2.semakin banyak isu yg tertunggak dan masih belum selesai (politik/PPMSI/lompat melompat/Kugan/Daulat Tuanku! etcetra)
Rakyat Malaysia kini bertukar menjadi a litigous society (mudah kata: masyarakat yg suka saman-menyaman) [more works for lawyers I trust and that the Courts are getting more tested]
3.Paparan akhbar di muka hadapan menyiarkan berita yg hampir sama setiap hari. Elok baca akhbar dari mukasurat belakang kerana beritanya lebih reliable.
4.keputusan yg banyak KIV khasnya melibatkan agensi kerajaan [tunggu lepas Perhimpunan UMNO, ibaratnya UMNO lebih aula dari kerajaan persekutuan] kerana mana tahu KSU atau Menteri bertukar atau ditukar pulak lepas ni..

Bersama kita Berfikir

Wednesday, February 18, 2009

politik+respon awam-pembayar cukai / akhbar =TUMPUAN

nukilan 'wartawan' baru:



..sibuk semua org ingin (dan mahu) nampak terlibat dlm isu lokal di negara kita. di kedai kopi, bilik mesyuarat, dlmb blog, akhbar (dlm dan luar negara) dan senarai panjang..
org kita memang suka hilang fokus. Bak kata pemikir, S Covey, 'the main thing is to keep the main thing the main thing'.

Dlm hal ehwal negara kita, apa yg utama? apa yg tidak utama?

Malaysia telah 'berjaya' mencuri tumpuan dunia dgn isu-isu domestik yg tidak berkesudahan.
Jentera kerajaan terus bekerja keras memastikan kepentingan awam tidak terabai.
Kerajaan negeri (yg lain dari kerajaan bahan cerita) bertegas tidak akan ada perubahan geo-politik, maka bolehlah para pelabur datang beramai-ramai utk melabur.
pilihanraya (bukit-bukit) [selepas pemilihan UMNO] juga akan menarik, meskipun kehangatan K Terengganu belum selesai..pasca election.

..sibuk, semua orang hilang tumpuan terhadap apa yg sepatutnya ditumpukan..

Tuesday, February 17, 2009

Asyik Terlupa & Alpa

I find it impactful and heart moving:





JALAN MENUJU ALLAH



aku impikan diriku

yang sentiasa ghairah bertasbih

mengadu rindu kepadaNya

mengasihiNya sepenuh jiwa dan raga

mencintaiNya sekuat hati



aku impikan diriku

yang sentiasa mengalirkan air mata

akibat rindunya aku kepada penciptaku

akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat

akibat segannya aku kerana sering menipu kecintaan ku kepadaNya



aku impikan diriku

yang hatinya sentiasa bergetar

apabila nama Tuhanku disebut

jantungku berdegup kencang

bila disebut azabnya

tetapi tenang semula

bila bercerita kasih sayangNya yang Maha Luas



aku impikan diriku yang setiap detik mengingatiNya

akan nikmatnya yang tidak terhingga

kerana aku tiada apa-apa

Dialah yang Maha Pemberi



aku impikan diriku

yang sentiasa bertawakkal padaNya

Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku

Maha suci dari menzalimiku

Kerana Dia penciptaku

yang penuh dengan kecintaan

kepada makhlukNya



*dipetik dari penanda buku Diari Islam 2009

Friday, February 6, 2009

Car(s) For Auction:Perak

the current saga in Perak is interesting. Why?
it is because the power transition at federal level is getting very near indeed.
i cant help it but to say how sad i am seeing the about-to-leave head of the state on TV. he appeared very calm, confident and determined (despite the fact he was already asked to vacate the office and to hand over all state assest including the new Camry 2.4 i trust)
the learned Sultan had decreed and passed his judgemnet that the MB has to leave.the same goes to all the excos.
truly, this has never happened before (at least to my recollection); the MB had to 'derhaka' and went against the royal decree.
suddenly, i am reminded to the Sejarah Kesultanan Melayu where 'Sultan yg adil sultan dijunjung and the line goes..'
i am so eager to follow the saga, not at the state level actually, but the way the federal people behave during this crisis.
salam.

Wednesday, February 4, 2009

Can Use The Gadget Or Not?

an old posting actually.

Yes, it is about us being able to use the technology. At one time, being able to use computer used to be something to shout. Those were the days where we had to use a 'special' diskettee to enable the use of Word. DOS or something they called it. I remember I was so terrified whenever by accident I pressed the wrong button.. don't know how to undo.

Things really have changed.My daughter asked me to get a picture of something on the net, that was actually the advice given by her teacher or Muallimah (as the title goes at her school). There you are, few transactions and the gambar appeared already maa..so easy. Though, most of the time they chose to play games, like any other normal kids.

We even attempted or suggested for our kids to have their own blogs (not sure can register or not being minor).

So, my youngest (approaching one year old) has already been 'exposed' to the use of this machine. He is at the stage of pulling the wires here and there, you can image.

My hope: at the speed of a button, we can cross the world

Back To March 2008

UPDATED
another historic event of the .. month probably.. is what has happened today in Perak.
observations:
-morale of the ADUNs who hop party is now at issue!
-pity to the kind and nice personality of the MB
-Malaysia will be in the world map again insofar domestic politic is concerned
-the morale of the Istana Kinta (with the rising Raja Muda with PhD) headed by the former Chief Justice is somehow compromised
-pity to the former MB aka Ketua Perhubungan UMNO Negeri (will he be back to the list?)
- many others



last typed posting abt a week ago:
I draw to my personal attention on the very recent hoping of Perak ADUN to joining PKR; adding just one more seat for PKR in Perak state DUN.

Possibility 1: to prepare UMNO for the forthcoming election in March

Possibility 2: to divert people attention from the surrounding economic issue in the country

Saturday, January 24, 2009

kembali ke kaedah dulu : berurut

Bro A (anak sulung):saya dah bawa bapa saya ni jumpa doktor pakar,mcm2 ubat yg diberi.kalau berurut ni boleh jamin ke bapa saya sehat?

Tukang Urut: tuan, saya dah mengurut lebih 15 tahun, macam2 penyakit saya jumpa. penyakit bapa tuan ni antara lain kesan sampingan ubat hospital. cuba tuan tanya doktor, pasti dia tak dpt nafikan. kalau dpt amalkan berurut inshaAllah boleh pulih

Bro A: saya tanya adik saya dulu ye.

Saksi kejadian (ya'ni saya): .. kalau tak kerna disuruh isteri ke sekian kalinya, saya tak kan pergi berurut. tempat berurut pun dekat shj, 10 minit dari rumah.

memang saya liat utk berurut, tak percaya pun ya juge, yg sebenarnya, takut sakit berurut tu.

PENGUMUMAN: saya baru shj selesai melengkapkan 3 hari berurut secara refleksiologi dan alhamdulillah, badan rasa ringan dan lega. kata si tukang urut, kalau dpt amalkan sebulan/setahun sekali pun takpe, atau jika rasa bdn tak sedap, dtglah berurut.

PUNCA SAYA PERGI BERURUT: dengan tdk semena2, rasa kebas dari pinggang ke bawah, kemudian dari pinggang ke atas. Bila dah sakit baru mau ingat.

NOTA KAKI: badan kita hak kita jgn sampai terlupa beri badan haknya